Carian  
 
 
 
     
 
Bahagian
Daerah
Pautan JPS
Maklumat Hujan & Paras Air
Sumber Rujukan
Arkib
 
 
 
 
Saliran Bandar
 

Di JPS daerah kerian unit Saliran Bandar berada di bawah Bahagian Saliran. Unit saliran Bandar ini ditugaskan mengatasi masalah saliran yang dihadapi di pekan, unit saliran bandar ini juga berkejasama dengan majlis dearah kerian untuk mengatasi masalah di kawasan bandar seperti banjir kilat, saluran saliran tersumbat dan air pasang.

Di daerah kerian terdapat (2) dua kawasan saliran bandar iaitu di Parit Buntar dan Bagan Serai. Bandar Parit Buntar terletak di utara Perak dan bersempadan dengan Pulau Pinang. Kawasan yang pesat menbangun di mana kawasan pembangunan komersilnya melebihi 9 km persegi. Manakala Bandar Bagan Serai pula terletak dalam Daerah Kerian dengan keluasan kira-kira 27 km persegi dan jumlah penduduk melebihi 12,000 orang. Kawasan yang sedang membangun selepas Bandar Parit Buntar.

Sistem saliran yang telah digunakan dikawasan Bandar Bagan Serai dan Parit Buntar, ianya menggunakan sistem saliran yang tidak terancang. Oleh yang demikian pihak JPS telah menggunakan manual saliran mesra alam (Masma) sebagai garispanduan bagi rekabentuk dan pelaksanaan projek yang berkaitan dengan sistem saliran. Dengan adalah manual ini, ianya dapat meningkatkan sistem saliran yang sedia ada ini.

KEJADIAN BANJIR KILAT

Kejadian Banjir telah dikesan mulai penghujung dekad 90-an sehingga kini yang dikesan berpunca dari peningkatan jumlah air larian permukaan akibat pembangunan persekitarannya yang tidak mampu ditampung oleh sungai-sungai dan sistem perparitan bandar ini terutama ketika paras air laut tinggi.

PERLAKSANAAN KERJA

Pada tahun ini, bahagian Saliran Bandar telah membuat berapa projek untuk mengatasi masalah yang dihadapi di kawasan Bandar Parit Buntar dan Bagan Serai. Bahagian Saliran Bandar telah membina kolam takungan dan perangkap sampah diantaranya iaitu :-

  saliran01 
Kolam Takungan A berhampiran Hotel Damai, Parit Buntar

saliran02

Kolam Takungan B di hadapan jalan masuk Taman Serai, Parit Buntar

saliran03


Kolam Takungan C di Taman Serai Wangsa, Parit Buntar

saliran04

Perangkap Sampah di Akid Mara, Parit Buntar

saliran05

Pintu Air Pasang Surut di Kampung Sungai Ipil, Bagan Serai

OBJEKTIF

Objektif utama projek ini adalah untuk mencegah banjit dari terus melanda kawasan Bandar Parit Buntar Dan Bagan Serai yang menjejaskan aktiviti ekonomi, pengangkutan dan keselamtan penduduk.

Pelan Induk Saliran bagi Bandar Parit Buntar dan Bagan Serai

Kajian bagi penyediaan Pelan Induk Saliran bagi Bandar Parit Buntar dan Bagan Serai telahpun dimulakan pada 2008 oleh pihak perunding dan dijangka siap pada tahun ini. Sebagai permulaan satu ‘pilot project’ di kawasan banjir di jalan sempadan. Bandar Parit Buntar telah siap direkabentuk dan bersedia untuk dilaksanakan. Objektif utama projek ini adalah mencegah banjir dari terus melanda kawasan bandar Perit Buntar yang menjejas aktiviti ekonomi, pengangkutan dan keselamatan penduduk. Keutamaan adalah bagi perlaksanaan projek ini pada masa hadapan.

 

 

 
Info Terkini

CARA-CARA INSTALASI MOBILE APPS

Mulai 23 April 2014, anda boleh instalasi Mobile Apps JPS Perak di dalam telefon bimbit anda dengan cara-cara berikut (menggunakan telefon bimbit Android sahaja) :-

1.  Pergi ke Play Store.

2.  Di ruangan Search, taip JPS Perak.

3.  Klik Install.

Anda akan mendapat notifikasi tentang aduan, tender atau sebutharga baru dan acara untuk rakyat di telefon bimbit anda.

Terkini:  Aduan Pantas

Sekiranya anda mempunyai aduan/masalah berkaitan JPS Kinta/Batang Padang, sila isi Borang Aduan. JPS Kinta/Batang Padang akan memberi sepenuh perhatian kepada permasalahan anda.

Penambahan Perkhidmatan
JPS Careline

 Talian JPS Careline dengan fungsi utamanya mengendalikan aduan awam, kini telah memperluaskan perkhidmatannya dengan menyediakan maklumat berkenaan :

  1. Paras Air Sungai-sungai Utama
  2. Iklan Tender
  3. Penender Berjaya
  4. Kalendar Peristiwa
  5. Direktori
Kalendar
Ramalan Cuaca
Bancian
Apakah pendapat anda terhadap laman web Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Kinta | Batang Padang?
Memuaskan
Sederhana
Tidak Memuaskan
 
Jumlah Pelawat
Hari ini 15
Semalam 36
Minggu ini 123
Minggu lepas 415
Bulan ini 1697
Bulan lepas 1911
Jumlah 85586
 
     
 
logo JPS

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kinta | Batang Padang
Jalan Bendahara,
31650 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 605-2545152
Fax: 605-2531767

Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 8.0
ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Kemaskini Terakhir : Isnin, 7 Julai 2014
Ezyweb Content Management System