 |
|
IR BAHARUDDIN BIN ABDULLAH, A.C.M Jurutera Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kinta/Batang Padang |
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Salam perkenalan dan terima kasih diucapkan diatas kunjungan anda ke laman web JPS Daerah Kinta/Batang Padang.JPS Daerah Kinta/BAtang Padang menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan dalam bidang Saliran Pertanian,Kejuruteraan Sungai,Tebatan Banjir,Saliran Bandar dan Hidrologi.Pada 21 Disember 2012,JPS Kinta/Batang Padang telah menerima pensijilan EMS.ISO 14001 : 2004 Perkhidmatan Pengurusan Sungai Kinta ( Dari Rantaian CH 1100 hingga 33100 ) dimana membuktikan betapa komitednya warga kerja JPS Kinta/Batang Padang bagi memastikan Ojektif,Misi dan Visi Jabatan tercapai.
Pengairan merupakan fungsi utama di JPS Kinta/Batang Padang yang meliputi 3 daerah. Daerah-daerah tersebut adalah Daerah Kinta,Daerah Kampar dan Daerah Batang Padang. Sungai-sungai utama menjadi fokus adalah, Sungai Kinta,Sungai Kampar,Sungai Batang Padang,Sungai Sungkai,Sungai Bidor dan Sungai Bernam. JPS Kinta/Batang Padang juga melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan struktur dan pembangunan dengan tujuan menaiktaraf struktur dan sistem sedia ada.Selain daripada itu JPS Kinta/Batang Padang juga berperanan untuk memastikan pengurusan sumber air dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
JPS Kinta/Batang Padang turut aktif dengan memasuki aktiviti dan acara yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar, JPS Malaysia dan Kerajaan Negeri Perak dalam pelbagai bidang sama ada dalam bidang Sukan,KMK dan Inovasi.Kami berusaha untuk memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang anda berurusan disini dan seandainya terdapat apa jua kekurangan sila maklumkan kepada kami.Terima Kasih kerana berurusan dengan JPS Kinta/Batang Padang.
Sekian.